Kandungan aku sekarang dah masuk 33minggu, so banyak persediaan juga yang aku buat. Banyak bertanya..banyak search internet. Disebabkan masa anak pertama sakitnya nak bersalin tu.. ya Allah... tuhan je yang tahu.Jadi kini aku lebih banyak membuat persedian.
Okey antaranya, ada orang cakap minum air kelapa.. biar anak bersih. Banyakkan berjalan biar senang nak bersalin.. Tak tahu la kan apa yang orang kata ok je.. tu la yang aku buat termasuk amalkan doa-doa, surah yunus.. surah mariam... Insyaallah mudah - mudahan ianya berkesan.
Baru - baru ni jiran sebelah aku bersalin baby girl... aku tanya masa tu kuning tak kak, dia kata tak sebab dia minum air "Kundur manis".. wow.. ilmu lagi.. banyak la aku tanya lagi macamana la pe la.. so ni la benda nya...
![]() |
Kundur Manis |
Selain tu, aku sibuk search cari set bersalin, terjumpa satu brand baru... pada aku la atau dah lama aku je yang tak tahu huhu.. Set Bersalin Tanamera.. dia punya duta Serina Redzwan.. okey macam best la .. dia tak ada jamu sebab masa pantang kita susukan anak kan kata orang tak elok makan jamu + susukan anak.
Kebetulan masa anak pertama pun memang aku tak makan jamu-jamu ni, cuma minum air rebusan halia dan rebusan biji kacip fatimah tu je.
So masa aku search testimonia Tanamera ni.. semua positif je la kan tapi yang best testimonia sorang ni, sebab dari size besar jadi size kecik.. pergh memang terbaik la... memang dalam ni tak ada jamu tapi ada teh yang membuang toksik. Boleh tengok sini.. http://redmummy.com/2012/02/28/44-hari-bersama-tanamera-postnatal/
Dan lagi info menarik tentang Tanamera ni, dia punya ( Minyak Kelapa Dara - COLD PRESS VIRGIN COCONUT OIL )
Faedah TANAMERA Cold Pressed Virgin Coconut Oil:
a. Melembabkan dan menghalang tanda parut, sapukan pada kulit lembab
b. Untuk mengurangkan risiko terkoyak, gunakan VCO dan urut kawasan perineum. Minum satu sudu teh setiap hari, sekitar 3 atau 4 minggui sebelum tarikh dijangka bersalin (DDE).
Untuk kontraksi
a. Meminimakan pengoyakkan perimeum dan melancarkan kelahiran, pada awak kontraksi minum beberapa sudu teh minyak kelapa dara secara teratur dan sapukan sedikit pada kawasan perineum
Penggunaan selepas bersalin
a. Menghilangkan tanda parut dan melembabkan payudara dan mencegah kekeringan pada puting.
sapukan pada kulit lembab.
b. Untuk mengurankan berat badan, minum 2 sudu setiap hari.
c. Boleh digunakan sebagai minyak urut bayi
Buat masa ni akau baru start sapu bahagian perut, bahagian perineum dulu.. minggu ke-37 nanti baru aku start minum, baunya tak ubah macam candy kelapa tu.. memang macam nak makan. Rasya selalu tolong sapu area perut ni, dia pun cakap mama macam bau kuih... hihi...
Vco + Brown Body Soap |
Then buat masa ni aku baru order Vco dengan Brown Body Shop je dulu sebab, aku nak kejarkan sapuan Vco tu dulu, yang sabun tu pun best dia scrub tapi bentuk sabun jadi rasa basan rasa bersih je... sampai dear aku pun pakai huhu.. tanggal semua daki-daki.. macam rasa berus badan guna kertas pasir hahahhaha... bersih! bau nya ada herba - herba sikit.. macam kat spa ler rasa nya..ermm..belum beli 1 set lagi tu... hihihi... boleh tengok kat sini http://www.postnatalcareset.com/
Harap apa yang aku buat ni membantu lah harapnya amin insyaalllah mudah - mudahan..
No comments:
Post a Comment