Follow me

Sunday, November 3, 2013

Throwback...

Throwback..?? huh.. tetiba pulak aku nak throwback2 ni kan.. saja.. ngeh2.. ada la cite disebaliknya tu.. tapi nanti aku cite hehehe.. nak throwback masa bersalin anak aku Rasya Aliya yang kini dah berumur 4 tahun dah dia.. semakin comel..semakin banyak mulut..geram je aku cam nak gigit pipi dia.. Rasa macam mimpi, dah ada anak hihihi.. kalau diimbas balik zaman sekolah wah..!! cepat masa berlalu.. tapi setiap yang berlaku adalah sesuatu yang istimewa tok aku sebagai manusia..InsyaAllah.. Jadi jom kita throwback Rasya Aliya..


Rasya Aliya

Photo ni masa kat Hospital Temenggung Kulai, Johor.. kat situ la Rasya Aliya dilahirkan.. time ni dah hari ke berapa aku tak ingat sebab... lepas bersalin Rasya kena diasingkan dari aku wa....!! sedih masa tu.. nasib Alhamdulillah tak ada apa yang serius.. ermm masa ni merah-merah muka Rasya .. putih lagi masa ni huhuhu... Bersyukur rasanya dapat pegang anak sendiri yang selama ni dok dalam perut menendang-nendang... rasa sakit pun kurang. Tapi masa Rasya memang aku tak dapat bayangkan la sakitnya nak beranak Allah saja yang tahu.. Aku rasa sakit dalam magrib macam tu..then dear aku risau sebab kena kerja malam ada operasi.. nak hantar hospital aku yang tak nak.. sebab aku selalu dengar ada yang datang pastu balik semula.. ermm tu yang malas tu.. so aku tahan lagi sakit yang 5minit tu. Disebabkan dear risau giler.. dia suruh aku ikut pergi kerja huhuhu.. dok diam2 dalam kereta.. ikut serbu rumah penagih yang kelakar tu.. tapi aku lepak dalam kereta je, masa tu jam 12malam lebih kurang..

Sambil tengok dear and the geng menyerbu tu sambil aku menahan sakit 5minit tu.. pergh... kuatkan semangat je la aku ni.. Selesai dear buat serbuan, dorang gerak ke balai pulak untuk buat report, aku masih menahan lagi dalam kereta tepi balai..dari jam 12 lebih tu sampai la dear siap kerja dalam pukul 4pagi.. Dear pun tanya macamana.. nak pergi hospital?.. aku piki2.. boleh la sakit memang sakit la tapi aku try gak cover huhu... Okey sampi hospital, aku di suruh tukar baju hospital colour pink tu.. aku dilepak kan dalam 1 bilik ni dia tampal2 kat perut then keluar graf2.. ada namanya aku tak ingat.. Lepas tu aku ditolak ke labour room..ermm..time ni nurse seluk nak tau dah berapa cm.. dia kata baru 3cm.. nanti dah 10cm baru boleh push.. depan aku baring tu ada tanda bulat2 dari 1cm sampai 10cm.. mak ai aku rasa lamanya lagi nak 10cm.. sakit makin lama bertambah-tambah sakit..cam nak nangis woo..1jam kemudian nurse cek lagi baru 4cm..?? Perghhh... 1cm nak ke 1cm amik masa 1jam..memang aku tak tahan giler masa tu..masa tu aku terbayang macamana Mak aku bersalin kitaorang adaik-beradik sampi 9 orang..huhuhu.. Saat-saat nak push tu aku macam tak ada tenaga, sebab tenaga aku cam dah low sebab menahan sakit ermm..jadi aku ada masalah kat situ, abis aku teran tak keluar2 baby aku. Perut dah kempis tapi baby tak keluar.. sampai 6 orang nurse yang tekan perut aku ni sebab takut baby lemas.

Aku tak ada pengalaman satu hal.. tak ada orang yang nak mengajar atau nasihat aku apa-apa pasal bersalin ni..kurang ilmu aku bab-bab ni.. Mungkin disebabkan aku dah tak ada tenaga tu yang diorang sedut baby kot, sebab masa keluar kepala baby agak lonjong. Bukan dear aku x masuk sekali masa tu..tapi tak lama sebab dia pulak nak pengsan tak boleh tengok darah.. sabo je r aku.. Dalam pukul 2petang hari jumaat, time2 orang bali sembahyang jumaat.. Rasya Aliya selamat dilahirkan, keluar je baby dia letak dekat perut ermm.. terasa hangat je.. lega rasanya..katanya baby aku mendonggak, tu sebab susah nak keluarkan, kalau dia posisi normal tekan kepala terus keluar, tapi disebabkan posisinya yang mendonggak tu susah sikit.



Contoh gambar
 
Ini contoh je.. bukan aku dapat kembar ea, sepatutnya kedudukan baby yang sebelah kiri tu, tapi baby aku kedudukan kanan, so memang susah nk keluar.. Apa pun Alhamdulillah semua nya selamat.



Pizza Hut


Ini la budak kecik tu.. huhu yang tembam pipinya.. Nama Rasya Aliya diberi oleh my dear.. suka sangat nama tu bayangkan dari aku bertunang dear asik sebut, kalau panjang umur ada jodoh, kahwin nanti dapat anak perempuan nak bagi nama Rasya Aliya, aku pun eakan je la takda pulak aku nak selidik sebalik nama tu.. tah ex-g dia ke kan.. lantak la situ huhu..tapi nama tu memang sedap juga pada aku.


Ajar suap sendiri..
 Masa ni first ajar Rasya makan suap sendiri, biarla bersepah-sepah pun tak apa..mama tak kisah, comot2 budak kecik makan tapi tetap comel hihi.. tapi tu la kan, sekarang dah 4tahun mintak suap je erm.. kalau suap sendiri asik tak abis je makannya.. kalau ada masa memang aku suap je..nak manja2 ler tu hehheehe..


Hai.. saya Rasya Aliya.. :)
 


Nak ke kodai jap..

Huh..! dalam seronok2 tu ada juga cite x bestnya.. disebabkan aku bekerja, dear bekerja.. kami terpaksa hantar anak kat kampung, sebelum tu ada story lagi yang tak best, tapi malas la nak story.. pepun memang ianya mengisahkan "memisahkan anak aku dengan aku & dear.." kami terpaksa hantar sebab orang yang jaga tu bagi alasan yang tak munasabah.. so mula lah episod berjauhan dengan anak.. mak ai Allah saja yang tau perasaan aku & dear, tak pe Allah maha besar lagi mengetahui.. setiap manusia diuji, megalir air mata dear saat nak balik johor terpaksa tinggalkan anak kat kampung Negeri Sembilan.. tak jauh pulak kan.. memang tak sanggup la nak lalui benda tu, tapi terpaksa.. Dear kata takpe, tak lama.. dah jumpa orang nanti kita ambil balik..
Selama Rasya tak da, aku jadi seorang yang menagis je... nasib aku sedar cepat.. kalau tak boleh jadi giler tu.. mana tak nya, aku kerja balik pukul 5, balik2 anak tak ada, dear pulak kerja tak tentu masa, 2-3 pagi baru balik.. wo..wo..wo.. memang aku tak boleh tahan. Akhirnya aku bincang dengan dear aku nak part time, bukan apa sekurang2 nya masa aku tu full.. tak da aku nak piki anak sanggat. Dear aku yang amat memahami.. dia pun bagi..

So bermula la aku kerja ofis pagi sampi petang.. balik ofis aku kerja part time dekat kedai jual barang hiasan rumah, aku amik gambar.. aku kemas2 barang stok.. kedai tutup pukul 10malam.. kemas2 pukul 12malam jugak.. so bila sampai rumah aku dah penat.. pagi2 nak bangun kerja ofis pulak.. tu yang buat aku tak berapa nak piki pasal anak sanggat...
                          
Alhamdulillah sekarang ni life aku semakin maju bersama dear anak pun kami dah amik, dia manja sanggat dengan ayah dia, memang tak boleh lama2, takut dia tak nak dengan mak bapak dia plak, nak dengan Wan dia je kat kampung, pergh.. lagi sedih cmtu.. bukan takda story macam tu.


Aksi gatai
Ini lah dia Rasya Aliya yang semakin membesar, dah pandai buat aksi kalau amik gamba.. huhu.. yang ni aksi gatai dari Rasya, kecik2 takpe la ea, dah besar mama cabut terus huhuhu..
 
Style sama je

Dari kecik sampi besar.. mesti nak buat mulut macam tu, menyampah mama huhu...
Alhamdulillah sihat anak mam, mudah2han sihat, bijak hingga ke akhir hayat... amin.

No comments:

Post a Comment