Follow me

Thursday, November 21, 2013

Photoshoot

Photoshoot dari tangan sendiri.. camne tu hihi.. pe lagi set time la.. dah tak ada keje kan layan....






i like it

Gambar ni aku amik sendiri.. set time.. masa ni kandungan 7 bulan.. Sekarang ni dah masuk 36minggu ermm.. macam tak sabar nak lihat orang baru dalam family kami.. harap semua selamat hendaknya amin2..








Raya 2013

                                                   Assalamualaikum,
Saja nak mengimbas suasana Raya 2013.. masa ni kandugan 5bulan.. so aku pun mencari design baju yang sesuai dengan keadaan... iaitu dress je r senang... jadi ini colour Raya tahun 2013.
 
 
dear + me

ayah + mama + rasya aliya


Cinta Hati ku.. :)

Selain tu ini antara suasana hari raya 2013 di Negeri Sembilan (Kg suami) dan di rumah sendiri Kulai Johor.


Antara family suami
  
 
Sabar-sabar hihihi..
  
Rasya Aliya - sebelum tu dah mintak dulu dah huhu.. 
Ini antara suasana Raya 2013 kat Kg suami di Negeri Sembilan.. ramai anak sedara tu yang panjang tu kalau beratur.. yang belum keluar dari perut aku ni lagi kan .. hahahaha... insyaallah..

Adik2 + anak sedara
                                        
                                        

adeq-beradeq + anak sedara
                   

Bergaya Tol
Hahaha... memang terbaek raya.. ada je gaya nak di tunjuknya.. macam-macam ragam dorang ni.. ni time raya kat uma aku Kulai Johor..

Saturday, November 9, 2013

Persedian

                                           Assalamualaikum..
Kandungan aku sekarang dah masuk 33minggu, so banyak persediaan juga yang aku buat. Banyak bertanya..banyak search internet. Disebabkan masa anak pertama sakitnya nak bersalin tu.. ya Allah... tuhan je yang tahu.Jadi kini aku lebih banyak membuat persedian.

Okey antaranya, ada orang cakap minum air kelapa.. biar anak bersih. Banyakkan berjalan biar senang nak bersalin.. Tak tahu la kan apa yang orang kata ok je.. tu la yang aku buat termasuk amalkan doa-doa, surah yunus.. surah mariam... Insyaallah mudah - mudahan ianya berkesan.

Baru - baru ni jiran sebelah aku bersalin baby girl... aku tanya masa tu kuning tak kak, dia kata tak sebab dia minum air "Kundur manis".. wow.. ilmu lagi.. banyak la aku tanya lagi macamana la pe la.. so ni la benda nya...


Kundur Manis
Kundur manis ni rasa kedai runcit pun ada jual, kata akak tu benda ni rendam dalam air then, minum airnya 2kali sehari. Katanya ni petua supaya anak tak kuning nanti... yang ni aku tak buat lagi.. nanti la.

Selain tu, aku sibuk search cari set bersalin, terjumpa satu brand baru... pada aku la atau dah lama aku je yang tak tahu huhu.. Set Bersalin Tanamera.. dia punya duta Serina Redzwan.. okey macam best la .. dia tak ada jamu sebab masa pantang kita susukan anak kan kata orang tak elok makan jamu + susukan anak.
Kebetulan masa anak pertama pun memang aku tak makan jamu-jamu ni, cuma minum air rebusan halia dan rebusan biji kacip fatimah tu je.

So masa aku search testimonia Tanamera ni.. semua positif je la kan tapi yang best testimonia sorang ni, sebab dari size besar jadi size kecik.. pergh memang terbaik la... memang dalam ni tak ada jamu tapi ada teh yang membuang toksik. Boleh tengok sini.. http://redmummy.com/2012/02/28/44-hari-bersama-tanamera-postnatal/

Dan lagi info menarik tentang Tanamera ni, dia punya ( Minyak Kelapa Dara - COLD PRESS VIRGIN COCONUT OIL )
Faedah TANAMERA Cold Pressed Virgin Coconut Oil:
a. Melembabkan dan menghalang tanda parut, sapukan pada kulit lembab
b. Untuk mengurangkan risiko terkoyak, gunakan VCO dan urut kawasan perineum. Minum satu sudu teh setiap hari, sekitar 3 atau 4 minggui sebelum tarikh dijangka bersalin (DDE).
Untuk kontraksi
a. Meminimakan pengoyakkan perimeum dan melancarkan kelahiran, pada awak kontraksi minum beberapa sudu teh minyak kelapa dara secara teratur dan sapukan sedikit pada kawasan perineum
Penggunaan selepas bersalin
a. Menghilangkan tanda parut dan melembabkan payudara dan mencegah kekeringan pada puting.
    sapukan pada kulit lembab.
b. Untuk mengurankan berat badan, minum 2 sudu setiap hari.
c. Boleh digunakan sebagai minyak urut bayi

Buat masa ni akau baru start sapu bahagian perut, bahagian perineum dulu.. minggu ke-37 nanti baru aku start minum, baunya tak ubah macam candy kelapa tu.. memang macam nak makan. Rasya selalu tolong sapu area perut ni, dia pun cakap mama macam bau kuih... hihi...


Vco + Brown Body Soap

Then buat masa ni aku baru order Vco dengan Brown Body Shop je dulu sebab, aku nak kejarkan sapuan Vco tu dulu, yang sabun tu pun best dia scrub tapi bentuk sabun jadi rasa basan rasa bersih je... sampai dear aku pun pakai huhu.. tanggal semua daki-daki.. macam rasa berus badan guna kertas pasir hahahhaha... bersih! bau nya ada herba - herba sikit.. macam kat spa ler rasa nya..ermm..belum beli 1 set lagi tu... hihihi... boleh tengok kat sini http://www.postnatalcareset.com/
Harap apa yang aku buat ni membantu lah harapnya amin insyaalllah mudah - mudahan.. 

Friday, November 8, 2013

Happy + Alhamdulillah

Salam Sabtu :)

So continue cita aritu result yang aku dapat eala...... lepas aku register nama aku dipanggil with dear, aku cite masalah aku.. ok doktor terus suruh baring then scan...

  03/05/2013 -  Syukur Alhamdulillah sanggat-sanggat tak sangka rupa-rupanya ada hadiah sempena ulang tahun aku x lama lagi.. 14/05/2013 hehehe... ( mengalir air mata aku masa tu happy sanggat )
 
Taraaaa...!!! 7minggu
 
9 minggu
Seronok sanggat time scan nampak my baby dalam perut... Rasya pun suka sanggat ermm..dah nampak sikit kaki tangan, baru lagi kan.

32 minggu
Minggu ke - 32.. ni baru-baru scan haritu sebab nak tau jantina baby so dah tau but suprise....!!! hihii.. alhamdulillah sihat anak mama insyaallah amin. Yang penting selain tu, air ketuban cukup, uri kat atas..then baby pun aktif.. alhamdulillah.. so tunggu la saat-saat yang akan tiba nanti ea pada 17hb 12 2013 insyaallah...mudah-mudahan selamat semuanya.

Monday, November 4, 2013

Panic

Assalamualaikum...
Aku dari bujang ada masalah period tak teratur.. sampai kahwin pun gitu jugak ermm.. lepas bersalin Rasya Aliya aku makan pil perancang.. macam-macam brand sebab tak sesuai, majoritinya buat aku sakit kepala, menganggu kejaya aku tol.. dah la keja aku ngadap laptop 24jam pergh... memang tak boeh bla.. dear pun kesian kat aku. So kitaorang bincang nak injection 3bulan sekali, tapi doktor saran 2taun je sebab tak elok.Ok aku pun tak kisah.. so masa inject tu, mak ai..!!! sakit giler..cucuk kat belakang.. pergh!! Masa tu bulan puasa 2012 tak silap, hampir 2bulan tu member aku ada bagitau yang benda ni tak elok, sebab boleh effect "mandul".. huh? mandul..pergh tak nak la aku mandul.. takkan aku nak sorang je anak. Aku buat keputusan untuk stop.. masa raya tu patut aku datang cucuk lagi, tapi aku tak datang sebab nak benti. Akkhirya... aku & dear merancang sendiri je la.. kalau sangkut pun tak apa sebab Rasya pun dah besar kot, jadi tak rancang ler hihi..

2013, Aku naik risau sebab period tak datang-datang, nak kata prengnant pun tak... terbayang plak member aku cakap effect mandul tu... waa!! sedihnya..tapi aku cuba untuk tenangkan jiwa raga aku ni, dalam aku tenang-tenang pun dalam diam-diam aku selalu buat pregnant test beli kat guardian.

Bulan 5 - 2013, Masa berlalu tapi hati aku tetap tak tenteram dengan keadaan aku ni,aku ni bermasalah ke..sedih-sedih.. satu hari tu aku rasa "breast" aku sakit je, dengan tak datang bulan.. wa..!! takut kalau aku salah seorang penghidap penyakit...ooo.. tidak!! 03/05/2103, Tak boleh jadi aku dah tak boleh nak tahan lagi, macam - macam soalan dalam kepala otak aku ni, aku ajak dear pergi klinik tapi aku tak mau pergi klinik india tu lagipun laki-laki, aku nak yang perempuan "Hong Women Specialist Clicic".. memang khas untuk perempuan je.



Register - Buku Rawatan
 Panic?? memang aku panic macam tak nak tau apa sebenarnya terjadi pada aku.. tapi aku kena tahu jugak sekurang - kurangnya aku dapat tahu dari peringkat awal.. :(

Sunday, November 3, 2013

Birthday Rasya Aliya



Rasya Aliya 1 tahun
Masa ni umur Rasya 1 tahun, masa ni Rasya tinggal kat kampung dengan mak mertua Negeri Sembilan, aku dengan dear balik kampung nak celebrate bufday Rasya, sedih je rasa masa ni, dah celebrate balik semula
Johor dengan air mata, dalam hati.. kenal ke anak aku kat aku gan dear.. tu je yang bermain dalam kepala. Tapi syukur dapat juga balik sambut bufday Rasya..
Then tak lama lepas tu kami amik Rasya balik Johor, Wan dia pulak sedih sebab dah lama jaga Rasya mak bapak datang ambil pulak.. erm.. sedih2..

Rasya Aliya 2 tahun

Okey masa ni Rasya dah tinggal gan ayah & mama...!! Masa ni ccelebrate bufday Rasya kat KFC Jusco Taman Universiti, seronok sanggat bila anak dah depan mata, Rasya pun dah pandai cakap, siap request nak bear besar lagi huhu.. kebetulan, keluar je dari KFC ni ada la jual hadiah2 termasuk la bear yang comel2.. so dapat lah Rasya bear besar tu, hihi..


Rasya dengan bear besarnnya...

Rasya Aliya 3 tahun
Alhamdulillah, panjang umur kami sekeluarga, masa ni badan aku sakit2, sebab sebelum tu kami kemalangan teruk, dear takda apa, Rasya pun nasib okey, cuma aku la luka2 sendi2 saki akibat terseret kat jalan raya, syukur sanggat dipanjangkan umur, dapat sambut ulang tahun Rasya yang ke 3tahun, masa ni sambut kat Pizza hut, kek beli kat Robbin JPO,
Masa ni celebrate dengan pengasuh Rasya... ea dah jumpa pengasuh Rasya... memang terbaik.. walaupun dia bekerja sebagai tukang masak kat tadika, tapi dia sanggup jaga Rasya, so hantar dekat tadika sambil tu Rasya belajar la juga 2 in 1 hihi, sekurang2nya Rasya tak kekok bila sekolah betul- betul nanti kan.. dah ada kawan, siap pakai baju senam sama macam budak tadika kat situ.

Rasya Aliya 4 tahun..

4tahun la..! hihi, dah besar anak mama, syukur Alhamdulillah.. masa berlalu, suka duka, pahit manis yang kami lalui, hidup putaran roda kejap bawah kejap atas.. syukur hidup bertambah senang, mudah2han dipermudahkan segala urusan, diperbanyakan rezeki.. amin..
Masa ni sambut dekat Baskin Robbin Jpo Johor, tak jauh dari rumah pun dalam 10minit lebih kurang la..
suka tengok Rasya happy.. siapa tak suka bila anak gembira kan, semoga menjadi orang yang berguna serta berjaya dunia akhirat sayang..


Bufday Rasya

Ni makcik2 Rasya... yang baju purple tu sepupu Rasya saja bawak diaorang memeriahkan lagi keadaan huhu, sebenarya akhir-akhir ni adik aku ada tinggal dengan aku yang pakai spek tu Ika namanya, Rasya panggil Atam, so Rasya dah rapat dengan atam dia ni, masa tu tanya bufday Rasya nak jemput sapa? dia jawab atam.. huhu.. diesebabkan adik last tu cuti sekolah bawak la sekali + disebabkan masa tu adik2 aku ni ada kat uma akak aku, amik la sekali anak dia.. siap tapau kan kek tok akak aku tu.
Nampak diaorang ni ayu berbaju raya ek.. kebetulan masa ni raya korban, so tu yang berbaju kurung kebaya bagai tu.. hiihihi..
Bufday Rasya ni aku buat awal sehari, sebab masa ni raya korban aku & dear cuti... semua orang cuti.. tu sambut hari tu, kalau esoknya takut tak sempat plak dengan kerja dear yang tak tentu masa tu.. Rasya pulak dari hari tu asik tanya bila hari jadi dia... sabar je r mama ni..
Lepas makan-makan kami pun pergi cuci mata sekejap tak lama, sekejap je sebab aku tak larat la huhu... 

Throwback...

Throwback..?? huh.. tetiba pulak aku nak throwback2 ni kan.. saja.. ngeh2.. ada la cite disebaliknya tu.. tapi nanti aku cite hehehe.. nak throwback masa bersalin anak aku Rasya Aliya yang kini dah berumur 4 tahun dah dia.. semakin comel..semakin banyak mulut..geram je aku cam nak gigit pipi dia.. Rasa macam mimpi, dah ada anak hihihi.. kalau diimbas balik zaman sekolah wah..!! cepat masa berlalu.. tapi setiap yang berlaku adalah sesuatu yang istimewa tok aku sebagai manusia..InsyaAllah.. Jadi jom kita throwback Rasya Aliya..


Rasya Aliya

Photo ni masa kat Hospital Temenggung Kulai, Johor.. kat situ la Rasya Aliya dilahirkan.. time ni dah hari ke berapa aku tak ingat sebab... lepas bersalin Rasya kena diasingkan dari aku wa....!! sedih masa tu.. nasib Alhamdulillah tak ada apa yang serius.. ermm masa ni merah-merah muka Rasya .. putih lagi masa ni huhuhu... Bersyukur rasanya dapat pegang anak sendiri yang selama ni dok dalam perut menendang-nendang... rasa sakit pun kurang. Tapi masa Rasya memang aku tak dapat bayangkan la sakitnya nak beranak Allah saja yang tahu.. Aku rasa sakit dalam magrib macam tu..then dear aku risau sebab kena kerja malam ada operasi.. nak hantar hospital aku yang tak nak.. sebab aku selalu dengar ada yang datang pastu balik semula.. ermm tu yang malas tu.. so aku tahan lagi sakit yang 5minit tu. Disebabkan dear risau giler.. dia suruh aku ikut pergi kerja huhuhu.. dok diam2 dalam kereta.. ikut serbu rumah penagih yang kelakar tu.. tapi aku lepak dalam kereta je, masa tu jam 12malam lebih kurang..

Sambil tengok dear and the geng menyerbu tu sambil aku menahan sakit 5minit tu.. pergh... kuatkan semangat je la aku ni.. Selesai dear buat serbuan, dorang gerak ke balai pulak untuk buat report, aku masih menahan lagi dalam kereta tepi balai..dari jam 12 lebih tu sampai la dear siap kerja dalam pukul 4pagi.. Dear pun tanya macamana.. nak pergi hospital?.. aku piki2.. boleh la sakit memang sakit la tapi aku try gak cover huhu... Okey sampi hospital, aku di suruh tukar baju hospital colour pink tu.. aku dilepak kan dalam 1 bilik ni dia tampal2 kat perut then keluar graf2.. ada namanya aku tak ingat.. Lepas tu aku ditolak ke labour room..ermm..time ni nurse seluk nak tau dah berapa cm.. dia kata baru 3cm.. nanti dah 10cm baru boleh push.. depan aku baring tu ada tanda bulat2 dari 1cm sampai 10cm.. mak ai aku rasa lamanya lagi nak 10cm.. sakit makin lama bertambah-tambah sakit..cam nak nangis woo..1jam kemudian nurse cek lagi baru 4cm..?? Perghhh... 1cm nak ke 1cm amik masa 1jam..memang aku tak tahan giler masa tu..masa tu aku terbayang macamana Mak aku bersalin kitaorang adaik-beradik sampi 9 orang..huhuhu.. Saat-saat nak push tu aku macam tak ada tenaga, sebab tenaga aku cam dah low sebab menahan sakit ermm..jadi aku ada masalah kat situ, abis aku teran tak keluar2 baby aku. Perut dah kempis tapi baby tak keluar.. sampai 6 orang nurse yang tekan perut aku ni sebab takut baby lemas.

Aku tak ada pengalaman satu hal.. tak ada orang yang nak mengajar atau nasihat aku apa-apa pasal bersalin ni..kurang ilmu aku bab-bab ni.. Mungkin disebabkan aku dah tak ada tenaga tu yang diorang sedut baby kot, sebab masa keluar kepala baby agak lonjong. Bukan dear aku x masuk sekali masa tu..tapi tak lama sebab dia pulak nak pengsan tak boleh tengok darah.. sabo je r aku.. Dalam pukul 2petang hari jumaat, time2 orang bali sembahyang jumaat.. Rasya Aliya selamat dilahirkan, keluar je baby dia letak dekat perut ermm.. terasa hangat je.. lega rasanya..katanya baby aku mendonggak, tu sebab susah nak keluarkan, kalau dia posisi normal tekan kepala terus keluar, tapi disebabkan posisinya yang mendonggak tu susah sikit.



Contoh gambar
 
Ini contoh je.. bukan aku dapat kembar ea, sepatutnya kedudukan baby yang sebelah kiri tu, tapi baby aku kedudukan kanan, so memang susah nk keluar.. Apa pun Alhamdulillah semua nya selamat.



Pizza Hut


Ini la budak kecik tu.. huhu yang tembam pipinya.. Nama Rasya Aliya diberi oleh my dear.. suka sangat nama tu bayangkan dari aku bertunang dear asik sebut, kalau panjang umur ada jodoh, kahwin nanti dapat anak perempuan nak bagi nama Rasya Aliya, aku pun eakan je la takda pulak aku nak selidik sebalik nama tu.. tah ex-g dia ke kan.. lantak la situ huhu..tapi nama tu memang sedap juga pada aku.


Ajar suap sendiri..
 Masa ni first ajar Rasya makan suap sendiri, biarla bersepah-sepah pun tak apa..mama tak kisah, comot2 budak kecik makan tapi tetap comel hihi.. tapi tu la kan, sekarang dah 4tahun mintak suap je erm.. kalau suap sendiri asik tak abis je makannya.. kalau ada masa memang aku suap je..nak manja2 ler tu hehheehe..


Hai.. saya Rasya Aliya.. :)
 


Nak ke kodai jap..

Huh..! dalam seronok2 tu ada juga cite x bestnya.. disebabkan aku bekerja, dear bekerja.. kami terpaksa hantar anak kat kampung, sebelum tu ada story lagi yang tak best, tapi malas la nak story.. pepun memang ianya mengisahkan "memisahkan anak aku dengan aku & dear.." kami terpaksa hantar sebab orang yang jaga tu bagi alasan yang tak munasabah.. so mula lah episod berjauhan dengan anak.. mak ai Allah saja yang tau perasaan aku & dear, tak pe Allah maha besar lagi mengetahui.. setiap manusia diuji, megalir air mata dear saat nak balik johor terpaksa tinggalkan anak kat kampung Negeri Sembilan.. tak jauh pulak kan.. memang tak sanggup la nak lalui benda tu, tapi terpaksa.. Dear kata takpe, tak lama.. dah jumpa orang nanti kita ambil balik..
Selama Rasya tak da, aku jadi seorang yang menagis je... nasib aku sedar cepat.. kalau tak boleh jadi giler tu.. mana tak nya, aku kerja balik pukul 5, balik2 anak tak ada, dear pulak kerja tak tentu masa, 2-3 pagi baru balik.. wo..wo..wo.. memang aku tak boleh tahan. Akhirnya aku bincang dengan dear aku nak part time, bukan apa sekurang2 nya masa aku tu full.. tak da aku nak piki anak sanggat. Dear aku yang amat memahami.. dia pun bagi..

So bermula la aku kerja ofis pagi sampi petang.. balik ofis aku kerja part time dekat kedai jual barang hiasan rumah, aku amik gambar.. aku kemas2 barang stok.. kedai tutup pukul 10malam.. kemas2 pukul 12malam jugak.. so bila sampai rumah aku dah penat.. pagi2 nak bangun kerja ofis pulak.. tu yang buat aku tak berapa nak piki pasal anak sanggat...
                          
Alhamdulillah sekarang ni life aku semakin maju bersama dear anak pun kami dah amik, dia manja sanggat dengan ayah dia, memang tak boleh lama2, takut dia tak nak dengan mak bapak dia plak, nak dengan Wan dia je kat kampung, pergh.. lagi sedih cmtu.. bukan takda story macam tu.


Aksi gatai
Ini lah dia Rasya Aliya yang semakin membesar, dah pandai buat aksi kalau amik gamba.. huhu.. yang ni aksi gatai dari Rasya, kecik2 takpe la ea, dah besar mama cabut terus huhuhu..
 
Style sama je

Dari kecik sampi besar.. mesti nak buat mulut macam tu, menyampah mama huhu...
Alhamdulillah sihat anak mam, mudah2han sihat, bijak hingga ke akhir hayat... amin.